Saturday, May 18, 2013

Bersua kita kembali...Dan Ku Bersyukur Atas Kurniaan Mu Ya Allah..

Assalamualaikum..salam ceria rakan sekalian..hampir 9 bulan tidak bersua..kini kembali menjenguk blog ku yang simple ini..alhamdulillah saya telah dikurniakan harta yang cukup x ternilai oleh Yang Maha Esa..cahaya mata yang ke3 iaitu puteri..syukur saya selamat melahirkan bayi perempuan yang di beri nama NUR ADELIA BINTI ZAMZURI YADI..dilahirkan pada tanggal 18hb Mac 2013 jam 11pg di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu..SYUKUR ATAS KURNIAAN MU YA ALLAH..

Setelah sekian lama tidak menjenguk blog ni..sekali jenguk perasaan rindu untuk membaking tiba kembali..terlebih dahulu ingin saya memohon maaf pada rakan-rakan yang nak membuat tempahan kek..almaklumlah kedaiku tutup sudah sekian lama..sekarang masih belum bersedia sepenuh nya untuk menerima tempahan..atas alasan untuk memberi tumpuan pada puteriku yang baru ini..insyaallah sekiranya diberikan masa dan bersedia semula untuk membaking..saya akan memberitahu rakan2 sekalian..sokongan kalian amatlah di alu-alukan..tanpa kalian tidaklah saya sampai tahap ini..walaupun hanya tempahan kecil tapi kerana minat saya tercapai dan cukup mengembirakan dan memberi kepuasan pada diri saya..